-->
skip to main | skip to sidebar
ISLAM ITU INDAH ....

Tuesday, 23 August 2011

FACEBOOK: Photos & Tagging Yang Mengundang Dosa !


Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.
Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.
Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya. 
Dari sudut yang lain, tagging adalah satu operasi penyebaran gambar kepada khlayak pengguna Facebook secara berleluasa. Lagi banyak nama-nama yang ditag pada satu-satu gambar, bererti makin ramai pengguna yang dapat melihat gambar tersebut. Contohnya, satu gambar ditagkan kepada 10 pengguna, dan setiap pengguna secara purata mempunyai 200 orang kawan atau ‘friends‘. Bererti sekurang-kurangnya 2000 pengguna dapat menatap gambar tersebut.
Jadi apa masalah dengan penyebaran gambar ini? Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.
Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.
Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara tagging kepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.
Pertama: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.
Kedua: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.
Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan, disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.
Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh. Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnya.

p/s : harap korang semua akan buang semua gambar yg mendedahkan aurat . dan cuba kamu semua bayangkan jika kamu semua sudah mati , pw dan email kamu tidak diketahui ... siapa yg akan menDELETE gambar kamu ? setiap hari ade ajer yg melihat gambar kamu . terseksa lah kamu semua ... RENUGNKANLAH . assalamualaikum...
disebarkan oleh ISLAM ITU INDAH . at 06:07 0 umat islam
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Buat Apa Pakai Tudung Kalau Hati Tak Betul ?


by Abu Umair
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”.
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”.
Ungkapan-ungkapan begini kerap menjadi alasan sebahagian wanita untuk tidak menutup aurat. Ada juga beralasan demikian untuk menangguhkan dahulu pemakaian tutup aurat buat sementara waktu. Apabila dalaman sudah sempurna, dan hati sudah bersih, barulah sampai waktu untuk melakukan kewajipan lahiriah, seperti menutup aurat.
Kalau alasan begini keluar dari mulut seorang muslimah disebabkan kejahilan, ia sudah cukup menunjukkan satu musibah terhadap dirinya. Kerana kewajipan menutup aurat adalah perkara asas dalam Islam, yang termasuk kategori ‘perkara yang dimaklumi dalam agama secara pasti’.
Tetapi jika seorang muslimah beralasan demikian kerana berhelah dalam kata-kata, sedangkan dia tahu dosa mendedahkan aurat, maka ini adalah musibah yang sangat besar. Bak kata pepatah Arab, “Jika engkau tidak tahu, ia satu musibah. Tetapi jika engkau tahu, maka musibahnya lebih besar”.
Apakah jawapan untuk menjawab mereka yang mendedahkan aurat dengan beralasan demikian?
1- Alasan bahawa tidak perlu menutup aurat kalau hati masih tidak betul. Tunggu iman sudah sempurna barulah nak tutup aurat.
Kita mengambil contoh undang-undang jalan raya. Setiap penunggang motorsikal di atas jalanraya diwajibkan memakai topi keledar keselamatan. Peraturan ini hendaklah dipatuhi samada pengguna selesa memakai topi keledar atau tidak. Samada dia memakai secara ikhlas mematuhi peraturan atau kerana terpaksa.
Seorang pesalah yang berdepan saman trafik kerana tidak memakai topi keledar, bolehkah dia memberi alasan dia tidak selesa memakainya, ataupun dia masih tidak setulus hati memakainya? Kalau hatinya sudah ikhlas mematuhi peraturan kerajaan, dia akan memakainya satu hari nanti. Adakah boleh diterima alasan demikian?
Begitu juga pemakaian tutup aurat adalah satu undang-undang ketetapan Allah Taala atas setiap mukallaf, tanpa mengambil kira tahap imannya. Tanpa mengira tahap keikhlasan dan ketulusan hatinya. Setiap orang yang bergelar muslim dan muslimah wajib menerimanya samada suka atau tidak, rela atau terpaksa. Hati bersih atau tidak, bukan alasan untuk meninggalkan kewajiapan menutup aurat.
2- Alasan bahawa walaupun dia mendedahkan aurat, tetapi dia menjaga maruahnya, tidak melakukan perkara yang tidak senonoh.
Sekali lagi kita mengambil contoh seorang penunggang motorsikal yang tidak memakai topi keledar keselamatan, kononnya dia seorang yang cermat di jalan raya. Tidak menunggang laju, apatah lagi melanggar lampu isyarat merah. Pada perkiraannya tidak mungkin berlaku kemalangan. Adakah alasan demikian diterima untuk mengecualikannya daripada peraturan topi keledar keselamatan?
Tidak sekali-kali. Walaupun dia mendakwa bahawa dia cermat, adakah dia boleh menjamin pemandu-pemandu kenderaan lain juga sepertinya? Betapa ramai pengguna jalan raya terkorban bukan kerana kesalahan dirinya, tetapi akibat kecuaian pemandu lain di hadapan atau belakangnya.
Begitu juga kalau ada wanita mendakwa bahawa hatinya suci, imannya tinggi, amalannya soleh dan maruahnya terjaga. Kononnya ia sudah cukup menjamin keselamatan diri dan maruahnya, tanpa perlu menutup aurat. Atau mendakwa bahawa mendedahkan aurat tidak akan menyebabkan dia melakukan jenayah lain.
Tetapi adakah dia berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat auratnya mempunyai hati sesuci hatinya dan iman setinggi imannya juga? Langsung tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan dan belakangnya?
Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.
Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.
Kesimpulannya, pemakaian menutup aurat adalah wajib atas setiap muslim dan muslimah, tanpa mengira tahap iman dan ikhlasnya. Dan Kewajipan wanita menutup aurat bukan setakat bagi memelihara maruahnya, tetapi bagi menjaga kemaslahatan masyarakat sekelilingnya.
Sekian.


p/s : jadi , perempuan yang tidak memakai tudung tidak semestinye jahat dan perempuan yg pakai tudung tak semestinya baik nuraninya :) assalamualaikum .
disebarkan oleh ISLAM ITU INDAH . at 06:02 0 umat islam
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Panduan Memberi Nama Anak :)


Nama seseorang manusia adalah tanda dan alamat untuk dirinya. Tanpa nama, seseorang insan sukar dikenali dan dipanggil. Kerana itu, apabila lahir seorang bayi, wajib bagi penjaganya memberikan satu nama kepadanya. Imam Ibn Hazm menukilkan kesepakatan ulama tentang wajib memberi nama kepada anak lelaki dan perempuan.
Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh. Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label untuk dirinya sampai bila-bila. Nama inilah yang akan tercatat dalam sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil-sijil akademiknya, sehingga ke sijil kematiannya.
Jika nama yang diberikan memberi maksud yang tidak baik, dia akan dikenali dengan nama itu sehingga akhir hayatnya. Bukan itu sahaja, orang yang memberikan nama juga akan menerima malu. Sebagaimana pepatah (Arab) menyebut, ‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’.
Oleh itu, sebelum memberikan suatu nama bagi anak yang lahir, wajar diperingatkan dengan beberapa perkara. Secara ringkasnya seperti berikut:
1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.
2) Waktu memilih nama. Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.
3) Siapakah yang berhak memberi nama? Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.
4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya. Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.
5) Pilihan nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.
6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah;
- Abdullah dan Abdul Rahman
- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.
- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.
- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.
7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram. Seperti:
- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.
- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).
- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.
8)Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh. Antaranya:
- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).
- Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).
- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).
- Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.
- Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).
- Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.
- Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.
9) Menukar kepada nama yang baik. Jika ditakdirkan seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syarak, contohnya nama yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis disebut bahawa Rasulullah SAW menukar nama yang buruk kepada nama yang baik. Direkod oleh Tirmizi.
Kesimpulan, pilihlah nama yang cantik dan bertepatan dengan syarak. Jangan hanya melihat kepada sebutan yang menarik dan glamour.
Sekian.
Rujukan:
- Tasmiyah al-Maulud.
disebarkan oleh ISLAM ITU INDAH . at 05:59 0 umat islam
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Maksud Bayang-bayang Allah :)


Soalan:
Dalam salah satu fatwa sheikh bin baz rahimahullah, beliau ditanya soalan:
في حديث السبعة الذين يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله، فهل يوصف الله تعالى بأن له ظلاً؟
نعم كما جاء في الحديث، وفي بعض الروايات: ((في ظل عرشه))[1] لكن الصحيحين ((في ظله))، فهو له ظل يليق به سبحانه لا نعلم كيفيته مثل سائر الصفات، الباب واحد عند أهل السنة والجماعة. والله ولي التوفيق
dan dalam syarah riadussalihin oleh syeikh ibn uthaymeen rahimahullah, beliau mengatakan:
يظلهم الله: يعني يخلق لهم ما يظلهم يوم لا ظل إلا ظله، وليس في ذلك اليوم بناء ولا شجر ولا جبال تظلل وليس هناك إلا ظل رب العالمين، هذا الظل يظل الله فيه من شاء من عباده، ومنهم هؤلاء السبعة الذين ذكرهم الرسول عليه الصلاة والسلام في قوله: سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله
sheikh ibn uthaymeen dalam buku yg sama juga mengatakan:
ولكن نتكلم على مسألة ضل فيها كثير من الجهال وهي قوله سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله حيث توهموا جهلا منهم أن هذا هو ظل الله نفسه وأن الله تعالى يظلهم من الشمس بذاته عز وجل وهذا فهم خاطئ منكر يقوله بعض المتعالين الذين يقولون إن مذهب أهل السنة إجراء النصوص على ظاهرها فيقال أين الظاهر وكيف يكون ظاهر الحديث وأن الرب جل وعلا يظلهم من الشمس فإن هذا يقتضي أن تكون الشمس فوق الله عز وجل وهذا شيء منكر لا أحد يقول به من أهل السنة لكن مشكلات الناس ولاسيما في هذا العصر أن الإنسان إذا فهم لم يعرف التطبيق وإذا فهم مسألة ظن أنه أحاط بكل شيء علما والواجب على الإنسان أن يعرف قدر نفسه وألا يتكلم لاسيما في باب الصفات إلا بما يعلم من كتاب الله وسنة رسوله صلى الله عليه وسلم وكلام الأئمة فمعنى يوم لا ظل إلا ظله أو يظلهم الله في ظله يعني الظل الذي لا يقدر أحد عليه في ذلك الوقت لأنه في ذلك الوقت لا بناء يبنى ولا شجر يغرس ولا رمال تقام ولا أحجار تصفف ولا شيء من هذا قال الله عز وجل { ويسألونك عن الجبال فقل ينسفها ربي نسفا فيذرها قاعا صفصفا لا ترى فيها عوجا ولا أمتا } ولا يظل الخلائق من الشمس شيء لا بناء ولا شجر ولا حجر ولا غير ذلك لكن الله عز وجل يخلق شيئا يظلل به من شاء من عباده يوم لا ظل إلا ظله هذا هو معنى الحديث ولا يجوز أن يكون له معنى سوى هذا
dan pada muka surat yg lain beliau menambah:
وقوله سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله وذلك يوم القيامة فإن الناس يحشرون حفاة عراة غرلا ليس هناك ظل إلا ظل الله أي ظل يخلقه الله عز وجل يظل فيه من يظلهم الله تعالى في ذلك اليوم لأنه ليس هناك ظل بناء ولا ظل شجر ولا ظل ثياب ولا ظل مصنوعات أبدا ليس هناك إلا الظل الذي ييسره الله تعالى للإنسان يخلقه جل وعلا ظلا من عنده الله أعلم بكيفيته ويظلل الإنسان
saya dapati terdapat perselisihan antara fatwa bin baz rahimahullah dan kata-kata ibn uthaymeen rahimahullah. adakah mempunyai bayang-bayang termasuk dalam sifat Allah azza wa jalla menurut pendapat yg rajih?
Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
- Pendapat yang lebih hampir kepada pegangan Ahli Sunnah -Wallahu A’lam- ialah: Perkataan ‘bayangNya’, bukan sifat Allah Taala. Sandaran perkataan ‘bayang’ kepada Allah ialah sandaran untuk memuliakan (Idhafah Tasyrif). Sebagaimana kita menyebut, “Baitullah (Rumah ALlah)”, ia tidak memberi makna rumah itu sebagai sifat Allah, tetapi disandarkan sebagai memuliakan masjidilharam.
- Malahan, tidak dinukilkan daripada ulama Ahli Sunnah dari kalangan salaf, bahawa perkataan ‘bayangan Allah’ dalam hadis tersebut bermaksud sifat Allah. Kata Syeikh Abdul Muhsin Al-Abbad, “Aku tidak menemui seorang pun dari kalangan Ahli Sunnah yang mengatakan bahawa ia termasuk dalam sandaran sifat kepada Allah”. (Al-Intishar Li Ahli Al-Sunnah).
- Apatah lagi, dalam sesetengah hadis menyebut dengan lafaz “bayangan Arasynya…”. Seperti hadis Muaz, “Orang yang berkasih sayang kerana Allah akan berada di dalam bayang arasnyNya pada hari tiada bayang selain bayangNya”. (Musnad Ahmad n0: 22031, Ibn Hibban no: 577, dan lain-lain).
- Maka, hadis-hadis yang berlaku kesamaran hendaklah ditafsirkan dengan hadis-hadis atau riwayat-riwayat yang lain.
- Ibn Mandah (220-301H) di dalam ‘Kitab Al-Tauhid’ ketika membawakan hadis tentang tujuh golongan yang mendapat bayanganNya di hari kiamat, menyebut, “Keterangan yang menunjukkan bahawa arasy mempunyai bayang yang Allah akan memasukkan hamba-hambaNya yang terpilih ke dalamnya”. (3/190). Seolah-olah beliau mengisyaratkan tentang tafsiran ‘bayangan Allah’ sebagai ‘bayangan ArasyNya’.
- Ibn Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Bari juga menyebut bahawa sandaran Arasy kepada Allah termasuk dalam ‘sandaran memuliakan’, seperti perkataan ‘Baitullah’. (2/144).
- Kesimpulan, maksud ‘bayanganNya’ atau ‘bayangan Allah’ ialah bayangan arasy yang Tuhan ciptakan, untuk meletakkan sebahagian hambaNya ke dalamnya pada hari kiamat. Dan bukannya bayangan kepada zat Allah.
Wallahu A’lam
disebarkan oleh ISLAM ITU INDAH . at 05:56 0 umat islam
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 20 August 2011

Cinta Seorang Playboy Itu..

Zaman remaja sememangnya zaman yang indah dan bahagia buat dia. Zaman di mana dia dipuja dan dipandang tinggi oleh wanita-wanita di sekelilingnya. Dia tersenyum bangga. Berbekalkan wajah yang sempurna, ketinggian yang mantap dan bentuk tubuh yang bisa menambat hati gadis-gadis, dia begitu selesa dengan kehidupannya. Hatinya kini milik seribu wanita yang bergelar 'hawa'.

Read more »
disebarkan oleh ISLAM ITU INDAH . at 14:44 0 umat islam
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Digital Clock Islamic Ornamental Button

Followers


ShoutMix chat widget

Blog Archive

  • ▼  2011 (13)
    • ▼  August (13)
      • FACEBOOK: Photos & Tagging Yang Mengundang Dosa !
      • Buat Apa Pakai Tudung Kalau Hati Tak Betul ?
      • Panduan Memberi Nama Anak :)
      • Maksud Bayang-bayang Allah :)
      • Cinta Seorang Playboy Itu..
      • Bila Cinta Berputik. Adakah Dia Jodohku?
      • Cara membuktikan cinta kita kepada nabi Muhammad s...
      • 10 TANDA BESAR KIAMAT .
      • Assalamualaikum .. :)
      • 10 HAL yg mendatangkan CINTA ALLAH :')
      • aku rasa ayat nie dah berulang kali aku taip ,...
      • SAYANG DI MANA ?
      • ISLAM ITU INDAH :)
Large Rainbow Pointer

CREDITS :)

full edit by : nurdianafitrah :)
news : http://feryco.com/ :)

Contact us at ..

Jikalau anda ada Facebook .. Sertailah kami .. :) ALLAHUAKBAR !!
Sumber untuk nasihat .. :)
 



Gratisan Musik